Tuesday, February 28, 2012

Leukemia (Kanser Sel Darah Putih)



Apakah itu Leukemia?
 

Leukaemia (leukemia) merupakan satu penyakit kanser yang melibatkan pertambahan sel darah putih dalam badan manusia. Penghidap penyakit leukemia mempunyai begitu banyak sel darah putih, namun darah putih yang dihasilkan ini tidak matang dan penghidap tidak mampu melawan penyakit, walaupun penyakit yang biasa dihadapi oleh orang ramai. 

Penyakit ini boleh terjadi akibat pelbagai faktor. Faktor fizikal yang membawa kepada penyakit ini ialah terdedah kepada sumber radioaktif yang berintensiti tinggi dan dalam tempoh yang lama. Pekerja pekerja lombong radionukear selalu menghadapi penyakit  leukemia . Faktor kimia turut menyumbang. Penggunaan kemoterapi bagi mengubati penyakit    kanser   tertentu boleh mendatangkan kerosakan kepada DNA sel yang giat membahagi. Di dalam badan kita, bukan sahaja sel sel   kanser    yang giat membahagi, sel tulang sum sum yang bertindak sebagai kilang menghasilkan sel darah putih dan darah merah turut menerima kesan kemoterapi tersebut. Kesannya, penerima rawatan kemoterapi berkemungkinan menghidapi masalah  leukemia  pula. Faktor genetik juga turut menyumbang kepada masalah  leukemia . Dalam orang orang yang menghadapi masalah Philadelphia dan penghidap Sindrom Down, mereka lebih mudah mendapat penyakit  leukemia 

Sewaktu penyakit ini mula terjadi, penghidap  leukemia  akan menghadapi masalah pertambahan sel darah merah yang melampau. Pertambahan sel darah merah berlaku hampir dua kali ganda (dari 5 000 000 per mikroleter) yang melampau membawa kepada peningkatan kelikatan darah (blood viscosity). Ini seterusnya membawa kepada rintangan darah yang tinggi, dan menyebabkan kerosakan jantung. Selain jantung, organ organ yang mempunyai jaringan salur darah yang banyak turut terjejas. Antaranya ialah salur darah di buah pinggang, kelenjar pituitari (otak) dan paru paru. Penghidap  leukemia  pada awalnya akan menghadapi masalah oliguria (kurang penghasilan air kencing) dan menghadapi masalah dalam mengawal atur paras hormon dalam badan.

Setelah masa berlalu, sel darah putih dalam penghidap  leukemia  mula membahagi dengan banyak dan cepatnya. Kita boleh bahagikan kepada dua golongan penghidap  leukemia . Penghidap  leukemia  acute dan  leukemia  kronik. Dalam penghidap  leukemia  acute, sum sum tulang akan menghasilkan sel darah putih dalam kuantiti yang banyak dan tidak matang secara serta merta, menyebabkan para ahli Patologi berjaya mengesan  penyakit ini dengan memerhatikan kewujudan hanya peringkat sel darah putih iaitu sel matang dan tidak matang, peringkat sel pertengahan tidak kelihatan di bawah mikroskop. Penghidap lukemia kronik pula menghadapi masalah pertambahan sel darah putih yang agak lambat, membolehkan ahli patologi mengesan kehadiran semua peringkat sel darah putih (tidak matang, pertengahan dan matang) di dalam darah, tetapi dalam kuantiti yang amat banyak.

Terdapat dua pecahan besar penyakit  leukemia , iaitu mylocytic leukemia  dan lymphoblastic  leukemia . Myelocytic  leukemia  merujuk kepada pertumbuhan sel bergranul (terutamanya neutrofil, sejenis sel yang berfungsi membunuh bakteria dalam badan). Pecahan kedua ialah lymphoblastic  leukemia , yang merujuk kepada sel T dan B di dalam badan, atau dipanggil lymphoma. Pertumbuhan sel B yang melampau contohnya boleh membawa kepada multiplt myeloma, penyakit yang menyebabkan pertambahan kandungan antibodi tidak berfungsi dalam badan. Antibodi tidak berfungsi ini, menurut Profesor Kuba, menyebabkan gejala amyloidosis yang mengganggu sistem perkumuhan dan kawal atur hormon dalam darah.

Akibat badan terlalu tertumpu menghasilkan sel darah putih, kesannya ialah badan kurang menghasilkan sel darah merah dan platelet (yang digunakan untuk membekukan darah apabila seseorang terluka, mengelakkan pendarahan berterusan). Kekurangan sel darah merah ini dipanggil anemia, boleh menyebabkan badan berasa amat lemah dan muka kelihatan begitu pucat sekali. Walaupun pada peringkat awal penghidap 
leukemia  mempunyai terlebih kandungan sel darah merah, namun di peringkat seterusnya, penghidap  leukemia  mempunyai kandungan sel darah merah yang berkurangan. Penghidap  leukemia  juga sering kali kelihatan lebam lebam pada muka dan badan mereka akibat pendarahan dalaman yang berpunca daripada kurang kandungan platelet dalam darah.


Sumber petikan daripada : 
http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/01/leukemia-kanser-sel-darah-putih.html

No comments:

Post a Comment