Saturday, July 7, 2012

Menu Sihat - Khasiat Buah Nanas





Nanas atau nama saintifiknya Ananas Comosus, ia adalah sejenis tumbuhan tropikal. Ianya adalah tumbuhan asli yang berasal daripada Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Nanas merupakan tumbuhan kumpulan bromeliad ( Famili Bromeliaceae). Tumbuhan ini juga boleh dikatakan rendah  herba ( herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal.
Buahnya ini dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Bagi orang yang berasal dari Tupi pula, buah ini dipanggil anana, yang bermaksud “buah yang baik”
Buah nanas ini mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan juga Bromelain. Ianya juga mengandungi asid sitrik ynag berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.


 Buah nanas ini boleh dimakan mentah atau pn dibuat jus minuman untuk memcuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hari dan juga demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Tapi bagaimanapun buah nanas ini tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Buah nanas ini juga dipercayai mampu merawat penyakit kanser. Bua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan kanser. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak kanser. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A,B, dan  C yang tinggi.
Pokok dan juga buah nanas ini boleh dijadikan sumber komersial asid organic seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperolehi daripada daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Manakala jus nanas ini pula bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalh kekeringan di bahagia bibir dan di bahagian muka. Jika amalkan minum jus nanas, ianya berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Sellain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.


Antara Manfaat nanas adalah :

   1.    Membantu  menurunkan  berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

   2.    Menyihatkan mata.
Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

   3.    Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit.
Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

   4.    Memelihara masalah buang air besar.
Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

   5.    Mengandungi enzim.
Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Tuesday, June 19, 2012

Senarai Pantang Larang Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)

Senarai Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser


Berikut adalah senarai makanan yang wajib dipantang oleh pesakit kanser. Bahan-bahan makanan yang disenaraikan di bawah telah dikenalpasti sebagai sumber yang boleh menyuburkan sel kanser, boleh melemahkan badan dan mengakibatkan status penyakit yang lebih parah.


1.  JANGAN MAKAN Daging merah - lembu, kambing, rusa, unta, khinzir


2. JANGAN MAKAN Poultry - daging ayam, puyuh, itik


3. JANGAN MAKAN Susu dan Produk Tenusu - susu segar, keju, mentega


4. JANGAN MAKAN Gula - makanan bergula tinggi seperti air soda berkarbonat, gula-gula, ais krim etc


5. JANGAN MAKAN Makanan Laut/seafood - Udang, ketam, sotong dan produk berasaskan gamat


6. JANGAN MAKAN Makanan Proses Segera (Processed Foods) - hotdog, nugget, burger, french fries


7. JANGAN MAKAN Makanan Dalam Tin/Bungkus - Maggi, Sardin, Laici, Longan, Jagung manis


8. JANGAN MAKAN Makanan Berjeruk - Jeruk mangga, jeruk ikan masin, Belacan, Budu


9. JANGAN MAKAN Buahan & Sayuran Yang Sejuk & Bergetah - Nangka, Cempedak, Sukun, Kundur


10. JANGAN MAKAN Sayuran Yang Sejuk (mengakibatkan luka & tumor yang bengkak sakit, berdenyut) - Kobis, Lobak Putih, Cendawan (kebanyakan sayur berwarna putih)


11. JANGAN MAKAN Makanan Yang Dipanggang - Sate, Ikan Bakar, Ayam Panggang (kerana penghasilan asap akan membentuk karbon pada permukaan makanan dan bersifat karsinogen ~ membentuk sel kanser agresif)


12. JANGAN MAKAN Makanan/Minuman Berasaskan Kolagen - kolagen dapat menyuburkan sel dan merangsang pertumbuhan sel, termasuklah sel kanser.


13. JANGAN MAKAN Ikan Bersisik - Ikan gelama, ikan haruan, ikan merah


14. JANGAN MINUM Kopi, Teh, Minuman Coklat - sel kanser akan cepat merebak


15. JANGAN MAKAN Makanan Yang Hampir Rosak/Expired - Nasi sejuk semalam, bawang dan kentang yang telah bercambah. Kerana sifat biokimia bahan makanan tersebut telah berubah dan hadir agen karsinogen.


======================================================================





Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.




















Processed Food - Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)


SIRI NO 4 ~ Pantang Kanser - Makanan Diproses (Processed Foods)


Makanan yang diproses terutama daging lembu dan ayam seperti burger, nugget, hotdog dan sebagainya telah diproses dengan bahan kimia ber-nitrat tinggi untuk penghasilan warna yang cantik dan mengawet bahan daging tersebut. Dalam perut, nitrat bertukar menjadi nitrosamin, suatu bahan pemangkin kanser. 


Kajian oleh Sidney Mirvish diterbitkan dalam Journal of Nutrition tahun 2002 membuat laporan bahawa hasil dari pengambilan hotdog mengakibatkan kanser. Pengambilan processed meat yang tinggi juga meningkatkan risiko lymphotic leukimia. Pengambilan daging ayam proses juga boleh mengakibatkan peningkatan B-sel lymphoma. Kajian tersebut disahkan oleh kajian oleh Sabine Rohrmann yang telah diterbitkan di International Journal of Cancer, 2010.




Rujukan :
National Cancer Institute: Understanding Cancer
University of California, San Francisco Medical Center: Diet For Cancer Treatment & Side Effects
American Jurnal Epidemiology: Association Between Serum Trans-Monosaturated Fatty Acids and Breast Cancer Risk in the E3n-Epic Study;V.Chajes;June 2008
American Journal of Clinical Nutrition: Comsumption of Dietary Fat and Meat, And Risk of Ovarian Cancer in the Netherlands Cohort Study; A.M. Gilsing; Nov 2010
American Journal of Clinical Nutrition: Comsumption of Sugar and Sugar-Sweetened Foods, and The Risk of Pancreatic Cancer in a Prospective Study; S.C. Larson; Nob 2006.
International Journal of Cancer, 2010



======================================================================





Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.










Daging Adalah Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser


Sumber Protein Dari Haiwan - Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)


SIRI NO 1 ~ Pantang Makanan Sumber Protein Dari Haiwan


Daging merah (red meat)
- daging lembu
- daging kambing
- daging unta
- daging khinzir
- daging rusa
- dan lain-lain jenis daging merah


Daging Putih (poultry)
- daging ayam
- daging puyuh
- daging itik komersil
- daging arnab komersil


*** Sumber makanan berdaging merupakan antara pantang terbesar kerana
- Daging merah kaya dengan darah. Darah mengandungi kadar zat besi yang tinggi. Zat besi (Iron/Ferum) dari sumber haiwan mempunyai satu rantaian istimewa yang menggandakan kadar pertumbuhan dan pembiakan sel, termasuk juga sel kanser. Ini antara kajian oleh Harvard School of Public Health dan para pengkaji penyakit kanser di American Institute of Cancer Research.


***Haiwan ternakan untuk hasil daging diberi makanan berproses dengan hormon dan aditif tambahan yang lain. Hormon ini lah yang membina tisu otot dan darah pada daging. Apabila kita kerap makan daging, kita juga telah menerima hormon tersebut dari daging tersebut walaupun dah dimasak. Hormon ini yang akan membawa risiko sel kanser berganda lebih cepat.





======================================================================





Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.










Produk Susu & Tenusu Adalah Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser


Produk Susu & Tenusu Adalah Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)


SIRI NO 2 ~ Pantang Produk Tenusu (Dairy Products)


- Susu
- Keju
- Marjerin/Mentega/Butter dan lain-lain


Ramai yang keliru dengan fakta ini, bahawa susu merupakan salah satu pantang untuk pesakit kanser sedangkan susu terkenal dengan khasiat dan kebaikannya...mengapa pula susu dan produk-produk tenusu (hasil dari proses susu) tidak boleh dimakan? 


Mengapa perlu pantang dari "Susu dan Hasil Tenusu" ? Jawapannya :


- Susu dan hasil tenusu yang ada dipasaran telah diproses, bukan lagi susu asli. Jadi, telah ada bahan pengawet makanan dalam susu tersebut. Walaupun bahan pengawet yang digunakan adalah jenis yang telah diluluskan oleh akta pemakanan, tetapi awet tersebut amat berbahaya pada pesakit kanser kerana kandungannya adalah seperti beri perisai imun kepada sel kanser untuk mandiri/independant dan tidak mudah kalah dengan serangan antibodi manusia yang semulajadi. Bukan susu sahaja ada bahan pengawet begini, boleh dikatakan semua makanan yang telah diproses (processed foods) memang mengandungi bahan awet. Ini adalah kesan jangka panjang kepada tubuh badan kita.


- Tahukah anda bahawa penghasilan susu secara komersil sebenarnya adalah hasil suntikan hormon kepada ternakan.....dan susu yang dihasilkan adalah secara paksa, bukan atas kitaran semulajadi. Sebarang produk hormon adalah faktor utama sel kanser boleh membiak dengan banyak dan pantas, terutama pada pesakit kanser payudara. Hormon tersebut seperti hormon insulin (IGF-I) memaksa sel-sel untuk berganda sendiri. Dalam tubuh kita sudah ada hormon semulajadi tetapi dengan kehadiran hormon tambahan dari makanan, sel-sel dipaksa berganda lagi...begitu lah sel kanser boleh berganda...bayangkan..


- Susu sangat sensitif pada kanser payudara, boleh menggandakan risiko kepada tahap kritikal..at least double the risk.


- Risiko pada pesakit Leukimia meningkat kepada 10% dan Tuberculosis meningkat kepada 30% akibat daripada hormon susu & hasil tenusu


- Susu juga yang kaya dengan kasium akan menghasilkan mukus/lendiran pada laluan makanan, iaitu antara mulut-esofagus-perut-usus. Nak tahu bagaimana rasa mukus tu..? Cuba minum seteguk air susu, dengan serta-merta dalam rongga mulut dan permukaan lidah akan rasa seperti ada suatu lendiran asing. Itu adalah hasil tindakbalas semulajadi air liur dengan susu, yang menghasilkan mukus. Jika di dalam mulut dah rasa begitu, dalam perut bagaimana pula keadaannya? Yang bahayanya adalah >>> mukus ini pula merupakan makanan bagi sel kanser. 


Kerana sebab ini lah, perlu elak makan produk susu & hasil tenusu.



======================================================================





Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.










Mengapa Gula Adalah Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser


Mengapa Gula Adalah Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)


SIRI NO 3 ~ Gula


Kajian yang telah di-publish kan di Journal Cancer Epidemiology oleh Mile Marker telah kenalpasti bahawa "GULA" adalah pantang bagi pesakit kanser kerana gula antara sumber utama yang memudahkan sel kanser membiak dan mejadikan status pesakit kanser di tahap yang lebih merbahaya. 


Apa yang membuatkan "GULA" sebagai makanan pantang untuk pesakit kanser?


Gula merupakan makanan yang mempunyai kandungan nilai index glycemic yang sangat tinggi. Apabila tubuh menerima makanan bergula tinggi, paras gula dalam darah naik melonjak dan ini menyediakan keadaan proliferasi (keupayaan untuk berganda) bagi sel kanser dalam tubuh manusia. Penghasilan ini mengakibatkan tumor akan membesar dengan cepat.


Konsep yang mudah difahami adalah kanser sel hidup dengan pemakanan bergula dari darah dalam tubuh manusia, tetapi dari sudut sains yang sebenar adalah...tubuh badan manusia memerlukan gula atau glukos untuk tenaga. Selain tenaga fizikal, tenaga basal juga diperlukan oleh organ-organ penting dalam tubuh seperti jantung, buah pinggang dan otak untuk berfungsi normal. Jangan risau, walaupun berpantang makanan manis dan bergula, itu tidak bermakna tubuh akan menjadi lemah, tiada tenaga dan organ-organ tidak boleh berfungsi..kerana tubuh badan kita boleh menghasilkan glukos/tenaga dari sumber makanan lain seperti protein, karbohidrat dan lemak.


Gula yang banyak juga akan banyak menghasilkan 'insulin'. Insulin adalah sejenis bahan semulajadi yang dihasilkan oleh badan. Fungsi insulin ini adalah untuk tatacara sel-sel berkembang. Jumlah insulin yang terlalu banyak akan menggangu sistem tubuh dan mengakibatkan sel kanser boleh membiak tanpa kawalan. Maka, kadar pengambilan gula yang banyak bukalah suatu yang baik,kan?


Kajian oleh Pakar Susanna Larson yang diterbitkan di American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2006 memberi bukti bahawa kadar paras gula yang tinggi dalam darah dan kadar insulin yang tinggi hasil dari makanan bergula memberi kesan berkala pada perubahan biologikal tubuh manusia. Kesan tersenut mengakibatkan stimulasi sel kanser untuk hidup subur dan membiak, terutama untuk kes kanser pankreas, kolon, perut, prostat dan payudara.

Gantikan gula/manisan dengan :
- madu asli
- stevia


Jadi ingat ya...Dengan memotong kadar pengambilan makanan bergula secara berterusan akan melemahkan sel kanser. Berhemahlah dalam pemilihan makanan.

Friday, April 20, 2012

Kesan Radiasi Bahan Radioaktif Nuklear Terhadap Kesihatan Tubuh Badan



Pada awalnya, kita dikejutkan dengan berita gempa bumi disusuli dengan tsunami. Kini kita dikejutkan pula dengan letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi.

Penyebaran tablet potassium iodide di utara Jepun menunjukkan betapa takutnya kesan radiasi nuklear hasil letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi yang mana boleh memberikan implikasi kepada kesihatan tubuh badan manusia dan ketakutan itu bukan sahaja dirasai di Jepun sahaja malah negara-negara jiran juga turut merasa impak yang sama.
Pada awal krisis tersebut, hasil sinaran radiasi disebabkan reaktor tersebut dikatakan rendah dan tidak memberikan kesan pada kesihatan. Tetapi, darjah radiasi boleh meningkat dengan mendadak sekiranya mana-mana satu minyak nuklear tersebut melepasi bekas besi yang tebal. Kemungkinan tersebut sendiri merisaukan pihak atasan Jepun pada pagi Isnin tersebut apabila letupan melibatkan reaktor 2.
Dan kesan radioaktif ini memberikan impak 1000 kali ganda lebih besar daripada pengeboman Hiroshima. Perkara ini disahkan oleh Ira Helfand MD merupakan pakar dalam pendedahan radiasi di Leeds, Massachusettes.
Kesan Jangka Panjang
Potassium Iodide yang diberi bertindak sebagai pelindungan terhadap iodin-131, merupakan radioisotop yang berpotensi menyebabkan kanser tiroid dalam jangka masa panjang. Biasanya iodin akan terkumpul di kelenjar tiroid dan dengan pemberian tablet tersebut menghindarkan kelenjar tiroid menggunakan iodin-131 sebagai proses fisiologi badan.
Bukan itu sahaja ya, ada juga bahan-bahan lain hasil letupan reaktor nuklear yang boleh memberikan masalah dan setiap satu bahan tersebut memberikan kesan yang berbeza. Dr Helfand memberitahu, Strontium-90 diserap oleh tulang yang berpotensi menyebabkan kanser tulang dan juga leukemia.
Cesium-137 diserap keseluruh badan terutamanya pada bahagian otot. Plutonium sememangnya adalah bahan toksik dan sekiranya kita menghidunya boleh menyebabkan kanser paru-paru.
Kesan Jangka Pendek
Bukan sahaja melibatkan jangka panjang. Tapi kalau kesan dedahan terlalu tinggi di dalam masa yang singkat, mereka juga boleh mengalami Sindrom Radiasi Akut.
Simptom tipikal yang biasa mereka alami adalah seperti loya, muntah-muntah dan cirit birit. Biasanya simptom tersebut dialami serta merta dan kemudian berkurang dan kembali semula dengan simptom yang lebih kuat seperti hilang selera makan, lemah, demam dan berkemungkinan lebih teruk serangan sawan dan juga koma.
Kebanyakannya apabila tidak sembuh, mereka akan menemui ajal dalam masa beberapa bulan sahaja. Begitu hebat penangan radiasi nuklear ini.  Berdasarkan Pengawalan penyakit dan Pencegahan di US, mereka mengatakan kematian adalah disebabkan rosaknya tulang sum-sum yang menyebabkan terdedahnya pada jangkitan kuman dan juga pendarahan dalaman.
Kesan Pada Kulit
Radiasi ini juga boleh melibatkan kesan pada kulit. Mereka akan mengalami kegatalan, kemerah-merahan, bengkak dan ia boleh berlaku dalam masa yang singkat, berjam, berhari mahupun berminggu selepas terkena kesan radiasi tersebut.
Dan sebagai pencegahan, pihak Jepun telah memindahkan lebih 180 000 rakyat mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan letupan tersebut ke tempat yang lebih selamat. Dengan bantuan angin yang bertiup ke arah lautan pasifik, bahan radioaktif tersebut dapat dikurangkan.
Anda tidak perlu risau sekiranya anda tinggal di Malaysia, kerana bahan radioaktif ini bersifat sama seperti asap-asap. Bila mana asap bergerak lebih jauh semakin berkurang asap tersebut kerana telah meresap bersama-sama dengan molekul udara.
Cuma apa yang merisaukan kita apabila bahan radioaktif ini meresap ke dalam makanan. Makanya, sekiranya anda membaca akhbar, kerajaan kita sudahpun mengambil langkah proaktif untuk tidak mengimport bahan-bahan makanan dari Jepun.

Sumber petikan daripada : http://infokansertulang.blogspot.com/