Lovebite merupakan benda yang tak asing lagi
hubungan rumah tangga untuk pasangan yang dah berkahwin. Yang tak kahwin lagi
pun mungkin ramai yang dah tahu. Ramai dari kita yang tahu bila & bagaimana
lovebite ni dihasilkan tapi mereka tak tahu yang sebenarnya lovebite ni BAHAYA!
Untuk yang tak tahu lagi, apa sebenarnya lovebite
ni?
LOVEBITE (gigitan cinta) adalah lebam
sementara atau tanda tanda bewarna biru keungguan akibat perbuatan mencium,
menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga kulit tertarik dan
menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Hickeys (lovebite yang
terhasil) boleh kekal selama 4-12hari ditubuh seseorang dan kelihatan sama
seperti lebam biasa. Tapi kalau dah lebam tu kat tengkuk tu faham faham je lah.
Secara umumnya, hickeys/lovebite
boleh dihilangkan dengan meletakkan ais. Tapi sebenarnya, cara ni berkesan
hanya untuk lovebite yang terhasil kurang dari 10minit. Untuk yang lebih dari
10 minit tu, gunalah trick berpakaian. Sama ada pakai shawl atau naikkan kolar
baju tshirt.
Menurut
Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena
serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh
kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di
Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas
kejadian itu.
Pada
mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit
jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu
pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan
lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca
serangan sakit jantung tersebut.
Sebenarnya
lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan
pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan
boleh menyebabkan strok!
No comments:
Post a Comment