Thursday, March 15, 2012

Rahsia Jenis Darah Dengan Personaliti Anda


Sel Darah Merah Dan Putih
Sel Darah Merah


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. 
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan. 
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. 
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai. 
DARAH B 
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian. 
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. 

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2009/03/rahsia-jenis-darah-dengan-personaliti-anda/


Monday, March 5, 2012

Kenali Kalori Makanan dan Keperluan Seharian





Penting untuk kita yang sedang berdiet tahu kalori makanan yang kita ambil. Sebabnya bila kita tahu kalori food intake kita, kita boleh buat senaman atau aktiviti yang sesuai yang mampu membakar kalori yang kita ambil melalui makanan tadi. So, tak lah kalori tadi bersemadi dan akhirnya menjadi lemak yang menghiasa badan kita.
BURGER

Sebiji burger dengan cheese yang hanya berukuran lebih kurang sebesar tapak tangan lelaki dewasa mempunyai sebanyak 770 kalori. Dan untuk membakar kalori daripada burger tersebut kita kena berenang selama 94 minit dengan melengkapkan lap dari perlahan, sederhana dan laju. Sanggup ke nak berenang 94minit? Rasanya 15minit pun dah pancit…
PIZZA



Pizza Hut Large Hand-Tossed Style Cheese Pizza mempunyai 320 kalori hanya untuk 1 slice. Dan untuk membakar kalori dari sekeping pizza kita boleh berenang selama 39 minit dengan melengkapkan lap dari perlahan, sederhana dan laju.Ini baru 1 slice, selalunya kalau jumpa pizza paling kurang pun mesti makan 3 slice belum campur menu adds-on lagi.
BREAKFAST SANDWICH




McDonald’s Egg McMuffin mengandungi sebanyak 300 kalori dan kalau kita berhasrat untuk membakar kalori tersebut aktiviti yang perlu kita buat ialah berlari dengan kelajuan 5mph selama 32 minit dan kita juga berkemungkinan boleh terkena McObesiti kalau kerap sangat mengambil makanan seperti ni.

Kentang Goreng

Kentang goreng yang bersaiz ‘large’ mengandungi 540 kalori. Walaupun kalau di ikutkan tak lah sebesar mana pun saiz kentang goreng tu tapi untuk menghapuskan 540 kalori tu, kita kena berbasikal dengan kelajuan 10-11.9mph selama 77 minit!

Donut

Chocolate Frosted Donut mengandungi  230 kalori setiap satunya dan untuk membakar kalori tadi memerlukan kita untuk berjalan dengan kelajuan 3mph selama 59minit. Untuk sesiapa yang dah makan Big Apple atau j&Co bolehlah ber-window shopping lebih kurang sejam untuk bakar ‘donut’ yang dah makan tadi.
CHOCOLATE CHIP COOKIES



440 kalori akan terkumpul dalam sistem badan kita bila kita makan Chocolate Chip Cookies atau mungkin kita lebih familiar dengan nama Famous Amous. Berbasikal selama 62 minit dengan kelajuan 10-11.9mph merupakan salah satu cara bersenam untuk membakar kalori sebanyak 440 kalori!
CINNAMON ROLL

Sekeping Cinnamon Roll mungkin mengandungi 500 kalori, berbeza mengikut tempat menjualnya. Dan ianya bersamaan dengan menari selama 85minit. Mungkin penari penari tak da masalah, tapi kita yang bukan penari ni macam mana?
BROWNIES

Chocolate Chip Brownies mengandungi sebanyak 380 kalori dan walaupun agak mudah untuk membakarnya dengan hanya melakukan yoga selama 129 minit tapi rasanya ramai yang mungkin terlena sewaktu sesi yoga tersebut.
ICE CREAM

Setengah cawan Ice Cream berperisa vanilla mengandungi sebanyak 270 kalori dan rasanya perisa vanilla ni merupakan yang paling rendah kalori yang bersamaan dengan belari selama 29 minit!
Jadi pandai pandai lah memilih makanan dan senaman anda untuk menjaga kesihatan dan bentuk badan. Mungkin ada yang bergenetik kurus kata ‘aku makan apa pon tak gemuk, tak payah la nak exercise‘. Memanglah anda kurus, tapi kolestrol dalam badan, siapa yang tahu?
Bagaimana pula dengan pembakaran kalori untuk aktiviti harian kita?
150 pounds bersamaan dengan 68 kg.
Keperluan Kalori Setiap Hari Mengikut Umur ?
Peringatan : Nilai kalori yang dinyatakan mungkin tidak 100% tepat!!!

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/03/kenali-kalori-makanan-dan-keperluan-kalori-anda/

Friday, March 2, 2012

Panadol Punca Kanser Darah




Anda sering menjadikan Panadol sebagai ubat pilihan utama ketika kepala dan demam? Jika ‘YA’ anda seharusnya mengubah ubat pilihan utama anda kepada ubat yang lain.
Ini kerana kajian terkini yang dijalankan di University of Washington telah mendapati bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya untuk mendapat  kanser   darah tertentu.
Apa Itu Acetaminophen?
Acetaminophen merupakan istilah yang digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada, yang merujuk kepada sejenis sebatian yang kita kenali di negara kita dengan nama generik “paracetamol”. Ia digunakan secara meluas sama ada sebagai analgesic (melegakan sakit kepala) atau sebagai antipyretic (mengurangkan suhu badan ketika demam). Manakala, di negara kita ‘Panadol’ telah menjadi satu jenama ubat paracetamol yang mudah di dapati.
Acetaminophen bersifat lebih lembut berbanding aspirin yang juga bersifat analgesic, tetapi pengambilan aspirin di luar dos yang dibenarkan boleh membuatkan seseorang itu mengalami pening dan muntah yang melampau. Memandangkan sifat acetaminophen yang sedikit lembut ini, kebanyakkan individu menjadikan ia sebagai jalan pintas untuk menghilangkan sakit kepala.






Kajian terkini yang dijalankan, telah mengesahkan bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya mendapat  kanser    darah tertentu. Ketua penyelidik kajian yang berkenaan, Dr. Roland Walter, merangkap pembantu profesor perubatan di bahagian hematologi, mendakwa “Kami mendapati bahawa penggunaan acetaminophen yang terlalu kerap, iaitu salah satu ubat yang paling kerap digunakan di seluruh dunia, mempunyai hubung kait yang berisiko meningkatkan insiden ‘hematologic malignancies’ hampir dua kali ganda”.Hematologic Malignancies merujuk kepada jenis-jenis   kanser    berlaku dalam darah, tulang sum sum, dan limfa.
Para penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengambil acetaminophen sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun telah menerima hampir dua kali ganda risiko untuk mengidap beberapa jenis   kanser    darah.   kanser     kanser    ini termasuklah myeloid neoplasmsnon-Hodgkin lymphomas dan gangguan plasma sel. Walaubagaimanapun, kumpulan penyelidik ini mendapati penggunaan acetaminophen seperti ini tidak mempunyai kaitan dalam risiko peningkatan penyakit Leukimia. Ramai pakar berpendapat kajian seperti ini harus diteruskan dan dijalankan dengan lebih mendalam agar kesan sampingan sebenar acetaminophen dapat dirungkai.
Memang Panadol selalunya dikatakan ubat mujarab untuk sakit kepala dan demam tetapi kesannya juga sangat serius. Jadi cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan mengawal pengambilan ubat anda.


Sumber Petikan daripada : http://kakilepak.com/info/panadol-punca-kanser-darah/

Thursday, March 1, 2012

Tentang Vitamin b17






Vitamin B17 tidak diklasifikasikan sebagai vitamin, tetapi merujuk kepada bahan kimia yang dikenali sebagai  Amygdalin  atau Laetrile. Nama vitamin dikelaskan hasil dari sumber kajian daripada Ahli Kimia terkenal Dr. Ernst T Krebs, yang mempromosikan bahan B17 sebagai penawar kanser. Beliau kemudian menamakan glycoside " Vitamin B17 " - dan nama ini telah terkenal dengan perkaitan sebagai penawar  kanser yang ampuh di seluruh dunia.



Vitamin B17 sebenarnya merujuk kepada dua sebatian kimia yang berasingan - amydalin dan laetrile. Walaupun sebatian ini biasanya dianggap sebagai bahan yang sama, mereka adalah berbeza dalam beberapa cara asas (struktur atom saham  Laetrile beberapa struktur amydalin). Kekeliruan ini terus berkembang sebagai beberapa produk kini dijual sebagai laetrile tetapi sebenarnya adalah ekstrak yang disebut Amygdalin, tulen yang diekstrak dari Biji aprikot species tertentu yang dihancurkan dan melalui proses-proses makmal.




Permakanan Tidak Berkhasiat Yang Selalu Kita Ambil




Pernah tak kita terfikir makanan yang selama ni kita makan, ada keburukannya, tambah tambah lagi seorang pelajar. Yang duduk di asrama memang tak ada kesempatan nak masak  harap kan makanan dekat kafe atau dewan selera je. Kalau duit pinjaman atau duit belanja yang mak ayah bagi  tak mencukupi terpaksa ikat perut. Jalan terbaik untuk berjimat ialah makanan segera yang memang mudah di masak dan yang paling penting murah.
Mee Segera


Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan  kanser   yang boleh membawa maut.
Sardin




Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah  ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis  kanser    benign  yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab   kanser    ). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau   kanser    sama ada benign atau malignan.
  
Minuman 3 in 1



Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 %  kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer

 Panadol




.

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti, biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.


Lumpuh Kerana Love Bite






Lovebite merupakan benda yang tak asing lagi hubungan rumah tangga untuk pasangan yang dah berkahwin. Yang tak kahwin lagi pun mungkin ramai yang dah tahu. Ramai dari kita yang tahu bila & bagaimana lovebite ni dihasilkan tapi mereka tak tahu yang sebenarnya lovebite ni BAHAYA!
Untuk yang tak tahu lagi, apa sebenarnya lovebite ni?
LOVEBITE (gigitan cinta) adalah lebam sementara atau tanda tanda bewarna biru keungguan akibat perbuatan mencium, menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga kulit tertarik dan menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Hickeys (lovebite yang terhasil) boleh kekal selama 4-12hari ditubuh seseorang dan kelihatan sama seperti lebam biasa. Tapi kalau dah lebam tu kat tengkuk tu faham faham je lah.
Secara umumnya, hickeys/lovebite boleh dihilangkan dengan meletakkan ais. Tapi sebenarnya, cara ni berkesan hanya untuk lovebite yang terhasil kurang dari 10minit. Untuk yang lebih dari 10 minit tu, gunalah trick berpakaian. Sama ada pakai shawl atau naikkan kolar baju tshirt.
  
Kenapa lovebite berbahaya?






Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.
Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/03/maut-kerana-love-bite/